Nama Syurga
Syurga mempunyai beberapa nama ditinjau dari segi sifatnya. Tetapai dari segi zatnya, ia adalah satu. Nama-nama tersebut ialah: 1. Al-Jannah 'Al-Jannah' adalah nama umum yang meliputi negeri pembalasan, lengkap dengan kenikmatan , kesenagan, kelazatan dan kebahagiaan yang ada didalamnya. Kata "jannah" berasal dari "assatru" dan "attaghthiya", yang ertinya menutupi. Jannah juga disebut " bustan", yang ertinya taman atau kebun, kerana di dalamnya terdapat banyak pohon dan buah-buahan. 2. Darussalam "Darussalam" adalah nama yang diberikan Allah S.WT. sesuai firman-Nya bermaksud: "Bagi mereka (disediakan) Darussalam( Syurga) di sisi Tuhanya..." (Al-An'am: 127) "Allah menyeru (manusia) kepada (syurga) Darussalam...."