Posts

Teknik Pengurusan Masa

Image
Sekiranya kamu pandai meguruskan masa, kamu akan dapati banyak masa lapang yang boleh dimanfaatkan. Namun malang sekali tidak ramai pelajar yang mampu memanfaatkan masa tersebut kecuali pada hari-hari akhir sebelum peperiksaan. Mulai sekarang binalah amalan baru dan rebutlah masa yang ada semasa di sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat. Oleh itu, patuhi pengurusan masa yang efektif di bawah... Menyelesaikan semua tugasan segera. Jangan bertangguh Tugas  selalu  dikaitkan  dengan  bebanan. Oleh itu, ramai pelajar yang suka berehat daripada menjalankan tugas. Namun tugas adalah  satu tanggungjawab  dan perlu  diselesaikan dengan segera . Jika tidak  diselesaikan segera  tugas  akan  bertambah banyak  dan  bebanan kerja kian bertambah . Oleh itu, selesaikan tugas segera. Jangan amalkan sikap suka bertangguh. Memberi keutamaan kepada kerja penting Semua tugas  harus  diselesaikan segera . Haru s bijak membahagikan tugas  supaya  tidak merugikan masa . Utamakan kerja penting dan

Sajak Ilmu

Ilmu... Ilmu, Engkau amat berguna bagi ku, walaupun masih ramai yang tidak mengerti, akan kepentinganmu, dalam ku meniti hari-hari, yang penuh onak dan duri. Akan ku cuba jejaki, mencari di mana jua, untuk mengejar dan mempelajarimu, walaupun keadaan resah, gelisah dan menghadapi rintangan. Ilmu, ku anggap dirimu bukan susah untuk dikejar, bukan payah untuk belajar, namun pengorbanan terlalu besar, dan penuh ranjau untuk ku capai. Ilmu walau jaun di perantauan, ku akan mengejarmu tanpa penat dan lelah, untuk ku isi dadaku yang kosong ini, buat pedoman dunia akhirat.

Nama Syurga

Syurga  mempunyai beberapa nama ditinjau dari segi sifatnya. Tetapai dari segi zatnya, ia adalah satu. Nama-nama tersebut ialah: 1. Al-Jannah      'Al-Jannah' adalah nama umum yang meliputi negeri pembalasan, lengkap dengan kenikmatan , kesenagan, kelazatan dan kebahagiaan yang ada didalamnya.      Kata "jannah" berasal dari "assatru" dan "attaghthiya", yang ertinya menutupi. Jannah juga disebut " bustan", yang ertinya  taman atau kebun, kerana di dalamnya terdapat banyak pohon dan buah-buahan. 2. Darussalam      "Darussalam"  adalah nama yang diberikan Allah S.WT. sesuai firman-Nya bermaksud:            "Bagi  mereka (disediakan) Darussalam( Syurga) di sisi Tuhanya..."                                                                                                    (Al-An'am: 127)            "Allah menyeru (manusia) kepada (syurga) Darussalam...."                                               

MyFotoGalery

http://www.flickr.com/photos/53378716@N02/5359300165/in/photostream/